[ Followers ]

Jiran Tetangga [ Pimpin Tangan Acik ]

Tuesday, January 25, 2011

! Operasi Bujang !

Huwa Huwa Sini Sana...


Gambar kat atas tu adalah ahli operasi bujang last weekend. Dari kiri Faiz, Ridwan dan Prince. Sempena sabtu malam ahad lepas kami mengadakan 'operasi bujang' disebabkan keboringan yang amat di rumah kami. Setelah bermesyuarat selama 15 minit akhirnya kami decide untuk memulakan operasi kami tepat pukul 11.30pm di Le Lac Restaurant, Seksyen 7 kerana masing-masing nak tengok bola sepak EPL. 

Sambil menonton tv di situ tetibe kami tertanya2 kenapa restaurant ni diberi nama Le Lac..tapi dalam kami tengah menjalankan siasatan ke atas nama kedai ini, tetibe datang seorang lelaki mendampingi kami. Mungkin agaknya kami cakap terlalu kuat sehingga menarik perhatian die. Jadi, lelaki tersebut terus duduk satu meja bersama kami. Die menggelar kan diri die sebagai 'Bro'. Serba ringkas dan peramahnya 'bro' ini kami terpaksa menyoal siasat ke atas die untuk mendapatkan bukti2 kukuh. Gaya percakapannya amat menyakinkan kami. Sebab bila berkenalan dengan kami sume loghat negeri die boleh bertutur dan kadang2 buat kami ketawa. Bila ditanye nama die, rupanya dia adalah Kapten Ramli Kadri pernah bertugas dalam paskal dan juga merupakan pemilik restoran tersebut. 

Le Lac itu terlintas dari fikirannya yang bermaksud rilek tapi bila die nak register kan nama itu banyak pula yang tak lepas dan terpaksa menukar nama lain. Namun disebabkan banyak negara yang telah dijelajahi nya semasa bertugas die teringat perkataan Perancis iaitu Le dan Lac adalah lake iaitu tasik kerana kedudukan restoran itu berhadapan dengan tasik. Jadi diberilah nama Le Lac. Sepanjang risikan yang kami jalankan banyak info baru yang kami tahu di dalam dan luar negara. Hampir 3 jam kami lepak di restoran itu sambil meminum air sahaja akhirnya kami pun mahu beredar selepas berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan. Bila kami nak bayar je, 'bro' ni belanja kami pulak jadi tak payah la bayar.

Tibe2 ade suara berbunyi duwet malam ni tak kuar lagi dari poket, jom kite wat pemantauan di uptown seksyen 24 pulak..Kami pon teruskan perjalanan ke sana. Tawaf la bangunan yang dipenuhi dengan gerai pelbagai barangan itu. Sambil tu ada lah jugak suara2 sedang berkaroke disitu walaupon jam dah pukul 3 pagi. Selepas semua pemantauan berjalan lancar dan kedai2 disitu pon nak melabuhkan tirai, kami pun dah keletihan, barulah nak tamatkan operasi kami dan pulang ke rumah dan jam sudah pukul 4 pagi.
Ini teknik penyamaran yang cuba dilakukan oleh kawan2 prince.
Sedang prince tengah drive menuju pulang, tetibe ade penuh dengan kereta polis menghalang jalan kami di Dataran Shah Alam. kelihatan begitu ramai orang di sana termasuklah kami terlihat ade kameraman, wartawan, krew2 filem yang mungkin tengah wat penggambaran di situ. Jadi, kami pun datanglah siasat di situ pulak. Sebaik meletakkan kereta di bahu jalan, kami terus dekat dengan orang ramai yang tengah tengok penggambaran itu. Selepas bertanya dengan orang ramai, rupa2nya kami yang tersalah rupanya ade operasi JPJ  membanteras mat rempit daa..orang yang kami tanya tu ketawa besar dia. Patut la banyak kereta polis dan jpj serta mat2 rempit yang di tahan.
Gambar ni diambil sorok2 kerana tak dibenarkan mengambil gambar tanpa kebenaran..disebabkan kepakaran kami dapat juga snap satu tapi dari jauh je..adegan paling best ketika polis mengejar aksi2 mat rempit dan blok jalan2 sekitar situ sehingga mat rempit tak dapat nak larikan diri.

Akhirnya,operasi bujang tamat sehingga pukul 5 pagi. disebabkan Subuh pun dah hampir tunggu lah sehinnga  subuh. Akhirnya, operasi kami membanteras Denggi di kawasan kami yang prince pernah taipkkan entri sebelum ni terpaksa cancel kerana menggantuk yang amat....Selesai.

18 comments:

izzatul . A . A said...

gat kan nak wat filem rempit td ..

upenye ........... ?

hahahahaha ...

Aliesha Kirana said...

hahaha..lawak la cara penceritaan ni. mcm dlm majalah mastika pun ade..hahaha! prince ni, sakit perut AK gelak~

Aleen Aiden said...

ha3,cermin mate xnak klh.nak same dgn kaler baju jugak 2.huuu

Prince Halilintar said...

izza: amboi suke gelakkan prince eh..huh

AK: alamak AK sori la..klu xtahan gi melepas dulu taw, jgn tahan2..hahaha=)

aleen: mesti la..baru nampak macho man..haha:p

shida mj said...

hahaha..misi bujang terbongkar

terbakar kampung nampak asap, terbakar hati sape yg tau- karam singh walia melaporkan..hihi

nabilah_2908 said...

haha..akhirnya...tk terbanteras operasi denggi tu yer... ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
SI PENGGEMAR NASI GORENG

Prince Halilintar said...

smj: wah, bila mase smj take over tmpt karam singh walia ni..ssh la nk cover xtvt prince nnt..haha

nabilah: alamak..malunyer..hehe, niat dah ade la nabilah cume xkesampaian jer..haha

استاذة ليلا said...

wah..untungnyer dapt minom free..huhu

Prince Halilintar said...

princess laila: itulah namanye rezeki..rezeki jgn ditolak, maut jgn dicari..hehe

Farhan Zulhusmi said...

rezekikan dapat minum percuma wlaupn kena dudk 3jam kt situ...panas x punggung??hehehe

hehehe...orang tu gelkn x mase tanya cm tu psl polis n jpj tahn mat2 rempit tu???

Prince Halilintar said...

xde la budget die blnje tapi dah rezeki kan..hehe, xde la sampai gel..tapi prince tgk moto diorg kene sita nek atas lori..

♪..aq[daN]pUteraku..♪ said...

ne p mna ne?? merempit ka prince?? ishk2.. tk ajak org lg tu..miahaha.. lawa spek.. ahahha.. =)) ada2 saja cita kamu ne.. ^^

Prince Halilintar said...

ape lak prince yg merempit..prince rempit pakai kete je..haha

Ana syaiza - chan said...

hehe...x de keje merayap je larr prince eh...HAHA..dlm diam2 dpt jugakk ek snap pic uh..hebt2.dah mcm wartawan larr prince ni...HAHA..

asliner said...

wah..
wat operasi sampai pukul 5pagi..
tahannya mata! =)

sedaplah name LE LAC tue..=)

Prince Halilintar said...

ceja: dah keoringan duk uma la ceja, apelagi merayap la kuar dari uma..haha

asliner : sebab sampai kul 5 la, prince xsempat k join banteras denggi bersama jiran tetangga pagi tu..hehe

mie said...

fuh!!!
bujang itu seronok..
heheheee

apple hijau said...

kalau lah haku masih bergelar bujang... ha ha ha..